Login

Login
Friday, 23 June 2017

Kumpulan sasaran di bawah perkhidmatan Unit Maternal bukan sahaja di kalangan wanita dalam umur reproduktif tetapi juga kepada pasangan wanita tersebut. Kumpulan sasaran yang lebih spesifik di bawah Unit Maternal adalah:-  

  • Bakal pasangan bercadang untuk berkahwin
  • Wanita yang merancang untuk hamil
  • Wanita yang sudah berkahwin dan merancang kehamilan
  • Wanita dengan penyakit perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung
  • Pesakit dengan keguguran / kelahiran sebelumnya / kematian neonatal awal
  • Ibu bapa dengan keabnormalan kongenital
  • Ibu bapa dengan bayi dengan keabnormalan kongenital
  • Ibu bapa dengan keabnormalan kongenital struktur
  • Ibu bapa dengan bayi dengan keabnormalan kongenital struktur
  • Tahniah! Puan disahkan hamil – memberi maklumat penjagaan semasa hamil sehingga melahirkan
  • Kehamilan yang berisiko – memberi maklumat ibu hamil yang berisiko dan tindakan yang perlu diambil serta penjagaannya
  • Penyakit Jantung…Ketahui risikonya semasa hamil – memberi maklumat kesan panyakit jantung kepada ibu dan bayi dan tindakan yang perlu diambil sepanjang kehamilan dan jagaan selepas bersalin
  • Diabetes…Ketahui risikonya semasa hamil – memberi maklumat berkatian penyakit diabetes semasa hamil dan jagaannya semasa sepanjang kehamilan dan jagaan selepas bersalin
  • Pemakanan sebelum hamil, semasa hamil dan semasa menyusukan – memberi maklumat berkaitan pemakanan dalam tempoh tersebut
  • Wanita Unggul Tanpa Anaemia..Anaemia? Atasinya dengan 2 cara mudah – memberi maklumat berkaitan anaemia semasa hamil dan tindakan wajar yang perlu diambil bagi mengelakkan anaemia

Objektif

  • Memberi tumpuan kepada kehamilan yang dirancang dari peringkat pra kehamilan dengan memberikan kaunseling tentang penjagaan perubatan yang sesuai untuk mengoptimumkan hasil kehamilan. Ianya termasuk pengurusan senarai semak serta penilaian risiko bagi pelbagai keadaan semasa pra kehamilan.
  • Menjalankan penjagaan dan perkhidmatan saringan bagi setiap trimester kandungan semasa tempoh antenatal/ibu mengandung samada dalam keadaan kandungan biasa serta pengendalian kes antenatal/ibu mengandung yang berisiko tinggi dan berkomplikasi.  
  • Memberi penjagaan optimal kepada ibu semasa proses kelahiran dan mengenalpasti serta memberikan intervensi yang tepat bagi sebarang keadaan yang tidak normal semasa proses kelahiran.  
  • Memberi maklumat bagi penjagaan semasa postnatal serta mengenalpasti awal masalah selepas bersalin.

Akta

  • Akta Perbidanan 1966
  • Akta Perbidanan semakan 1990

Unit Kesihatan Ibu atau Maternal bermula dari tahun 1964 dan dikenali sebagai Unit Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak pada ketika itu. Perkhidmatan di bawah Unit Maternal adalah perkhidmatan kesihatan ibu dalam umur reproduktif yang memberi tumpuan kepada penjagaan pra kehamilan; penjagaan antenatal/ibu mengandung; jagaan intrapartum/kelahiran; dan jagaan postnatal. Perkhidmatan ini disediakan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan di peringkat Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu Anak dan Klinik Desa.

Aktiviti terkini

No Calendar Events Found or Calendar not set to Public.
       

Lokasi

Alamat Kami:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Aras 7 & 8, Blok E10, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel : -
Fax : 03-8888 6150

Statistik Pengunjung

Hari ini : 49

Semalam : 58

Minggu ini : 339

Bulan ini : 1625

Keseluruhan : 33952