Login

Login
Friday, 18 October 2019
  • Membuat penilaian kepada ibu dan bayi bagi kelahiran yang selamat serta bersesuaian di semua peringkat penjagaan kesihatan semasa;
    • Peringkat pertama kelahiran
    • Peringkat kedua kelahiran
    • Peringkat ketiga kelahiran
  • Memberi perkhidmatan perancang keluarga meliputi kaunseling dan kontraseptif kepada wanita dan pasangan
  • Merujuk klien kepada Pakar jika terdapat masalah perubatan untuk perawatan lanjut
  • Menjalankan saringan kanser payudara dan kanser serviks

Perkhidmatan pemberian kontraseptif perancangan keluarga bermula dari tahun 1970 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kontraseptif merupakan satu kaedah yang efektif dan berkualiti untuk memastikan keibuan yang selamat (safe motherhood) bagi wanita. Ia merupakan salah satu strategi yang telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kejadian kematian ibu

Objektif:

  • Menjarakkan kehamilan dalam tempoh yang sesuai untuk hamil semula iaitu 2 tahun
  • Membentuk keluarga yang terancang dan sihat berupaya menolong mengurangkan bebanan dan emosi ibu dan bapa
  • Meningkatkan kualiti hidup yang optima dan kesejahteraan serta kebajikan keluarga secara amnya
  • Mengurangkan kejadian morbiditi dan mortaliti dalam kalangan ibu dan anak.

Kumpulan sasaran di bawah perkhidmatan Unit Maternal bukan sahaja di kalangan wanita dalam umur reproduktif tetapi juga kepada pasangan wanita tersebut. Kumpulan sasaran yang lebih spesifik di bawah Unit Maternal adalah:-  

  • Bakal pasangan bercadang untuk berkahwin
  • Wanita yang merancang untuk hamil
  • Wanita yang sudah berkahwin dan merancang kehamilan
  • Wanita dengan penyakit perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung
  • Pesakit dengan keguguran / kelahiran sebelumnya / kematian neonatal awal
  • Ibu bapa dengan keabnormalan kongenital
  • Ibu bapa dengan bayi dengan keabnormalan kongenital
  • Ibu bapa dengan keabnormalan kongenital struktur
  • Ibu bapa dengan bayi dengan keabnormalan kongenital struktur
       

Lokasi

Alamat Kami:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Aras 7 & 8, Blok E10, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Statistik Pengunjung

Hari ini : 51

Semalam : 220

Minggu ini : 957

Bulan ini : 3327

Keseluruhan : 133254