Login

Login
Monday, 17 June 2019

Aktiviti

  • Last Updated: Friday, 21 November 2014 21:50
  • Published: Friday, 21 November 2014 21:50
  • Written by Super User

Aktiviti Yang Dilaksanakan          

Diantara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Panel Penasihat adalah seperti berikut:

  1. Menganjurkan Hari Terbuka di klinik kesihatan bagi mendedahkan dan mendekatkan masyarakat kepada aktiviti-aktiviti yang dikehendaki di klinik tersebut.
  2. Menganjurkan kempen, pemeriksaan kesihatan perubatan, ceramah dan dialog kesihatan berjadual di lokasi-lokasi strategik di dalam kawasan operasi.
  3. Menganjurkan aktiviti-aktiviti gotong-royong samada di klinik kesihatan, kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan penempatan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih.
  4. Menggalakkan penglibatan anggota masyarakat menjalankan beberapa aktiviti mudah seperti mengukur tinggi/berat, `defaulter tracing’ dan lain-lain samada di klinik atau di kawasan penempatan khususnya apabila diadakan kempen atau lawatan kesihatan bergerak.
  5. Membantu dalam melibatkan anggota masyarakat dalam menyebarkan maklumat kesihatan dengan tepat, mudah, murah, cepat dan berkesan.
  6. Membantu dalam memberikan khidmat nasihat kesihatan kepada anggota masyarakat yang menghadapi risiko tinggi supaya segera mendapatkan rawatan.
  7. Membantu mengembeling sumber yang terdapat di dalam masyarakat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti menambahbaikkan kemudahan-kemudahan kesihatan khususnya untuk keselesaan dan kesejahteraan pengguna.
  8. Membantu mengenalpasti anggota masyarakat setempat yang boleh dilatih dalam beberapa aspek kesihatan bagi membolehkan mereka menjadi sukarelawan kesihatan yang mampu mengendalikan aspek pencegahan dan rawatan penyakit ringan.
  9. Lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat tetapi tidak bertentangan dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.