Pilihan Bahasa

Kesihatan Ibu

Kesihatan Kanak-kanak

Remaja & Sekolah

Dewasa & Warga Masa

oku

Pesakit Luar

Articles

Imbasan Sejarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Perkhidmatan Kesihatan Keluarga merupakan antara perkhidmatan yang tertua dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menerajui sejak awal tahun seribu sembilan ratus lagi. Aktiviti ini bermula dengan perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak yang merupakan teras perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Kini ia telah  berkembang kepada satu perkhidmatan yang konprehensif di peringkat penjagaan primer. Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak disalurkan melalui system 3-tier (3-peringkat). Klinik Bidan merupakan fasiliti peringkat utama terdekat dengan penduduk, dijaringkan melalui system rujukan yang teguh dengan Pusat Kesihatan Kecil dan Pusat Kesihatan Besar. Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak bermula sebagai program yang ‘vertical’ seperti perkhidmatan kesihatan sekolah, perancang keluarga, penyakit bawaan vektor yang kini telah diintegrasikan sebagai satu pakej yang komprehesnif disalurkan diperingkat penjaagan kesihatan primer. Tumpuan awal perkhidmatan Kesihatan Keluarga ini adalah kepada penduduk luar bandar. Di tahun-tahun berikutnya dengan pembangunan modal insan yang teguh, perkhidmatan telah dikembangkan meliputi penduduk di pendalaman, yang terpinggir dan miskin di bandar. Kini fokus dan slogan perkhidmatan kesihatan keluarga dan primer ialah “Liputan Sejagat”. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak kepada perkhidmatan kesihatan primer dan sewajarnya semua pendekatan sedang menumpu meluaskan lagi akses kepada masyarakat di dalam millienium ini.

1923      Perundangan Kawalan amalan dan latihan kebidanan di Negeri-Negeri Selat (Melaka) dan seterusnya di negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu telah diperkenalkan.

1948       Kesihatan Ibu dan Anak telah dipilih sebagai salah satu bidang utama dari 4 bidang kesihatan yang telah dikenalpasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

1956       Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak dikenalpasti sebagai komponen utama dalam Program Pembangunan Kesihatan Luar Bandar Negara. Semenjak itu, kemudahan-kemudahan kesihatan telah dibangunkan dengan meluas di bawah perkhidmatan kesihatan luar bandar melalui Pusat Kesihatan Luarbandar (1:50,000 penduduk) berkonsepkan Sistem 3-peringkat (3-tier). Perkhidmatan pergigian dan pesakit luar juga disalurkan melalui Pusat-Pusat Kesihatan Besar dan Pusat-Pusat Kesihatan Kecil (1:10,000 penduduk), manakala perkhidmatan kebidanan di rumah disediakan di Rumah-rumah Bidan dan Klinik (1:2000 penduduk)

1964       Unit Kesihatan Ibu dan Anak di Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi untuk tujuan pembangunan, penyeliaan dan kawalan perkhidmatan yang lebih berkesan. Walaubagaimanapun, unit ini telah dimansuhkan selepas setahun ditubuhkan.

1971       Selepas enam tahun, Unit Kesihatan Ibu dan Anak diwujudkan semula pada bulan April

1973       Perkhidmatan Perancang Keluarga dalam Unit Kesihatan Keluarga, Program Amalan Makanan dan Pemakanan, serta Program Kesihatan Sekolah telah diintegrasikan dalam program Kesihatan Ibu dan Anak.

1974       Jawatan Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri diwujudkan untuk mengukuhkan pembangunan perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak di Peringkat negeri.

1976       Jawatan Pegawai Zat Makanan  Negeri diwujudkan.

1979       Perkhidmatan Kesihatan Luar bandar telah dinaiktaraf dari Sistem 3-peringkat (3-tier system) yang merangkumi Pusat Kesihatan Besar, Pusat Kesihatan Kecil serta Rumah Bidan dan Klinik kepada Sistem 2-peringkat (2-tier system) yang merangkumi Klinik Kesihtan dan Klinik Desa.

1991       Aktiviti Kesihatan Ibu dan Anak dalam program Kesihatan Keluarga telah diperluaskan merangkumi Unit Ibu dan Anak, Unit Pesakit Luar dan Unit Pergigian

1995       Di peringkat Ibu Pejabat, Unit baru termasuk Penjagaan Kesihatan Primer, Kesihatan Warga Tua, Kesihatan Remaja dan Kesihatan Mental telah diwujudkan. Manakala Pusat-Pusat Kesihatan telah bertukar nama kepada Klinik-Klinik Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif kepada komuniti.

1996       Bahagian Kesihatan Keluarga di bawah Jabatan Kesihatan Awam ditukar nama kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga berdasarkan kepada perluasan skop yang telah diperkenalkan. Unit Kesihatan Primer telah dinaiktaraf kepada Cawangan Penjagaan Kesihatan Primer.

1997       Pakar Perubatan Keluarga telah mula melapurkan diri buat pertama kali diklinik klinik kesihatan dan memberi perkhidmatan yang tealh di perluaskan

2006       Perkhidmatan Primer telah diperkenalkan dengan Sistem Electronic Telejagaan Primer. Ini merupakan satu ‘enterprise clinical information system’ di kalangan Negara Asean yang menjaringkan perkhidmatan diklinik kesihatan dengan hospital daerah yang dirujuk. Sebagai pemulaan tiga buat negeri terlibat iaitu Johor, Searawak dan Perlis.

2008       “REAP or Reviewed Approach In Primary Health Care” telah diperkenalkan. Kaedah ini adalah hasil dari keperluan untuk mengendalikan pelbagai program yang diperkenalkan di klinik kesihatan, bermula dengan program kaedah pusingan hayat seperti remaja, dewasa, warga emas dan keperluan khas dengan pelbagai program pencegahan seprti kanser, darah tinggi, diabetis, tibi, malaria, HIV, penyakit kelamin dan banyak lagi. Kaedah  ini melihat kepada cara mana pelbagai program, aktiviti dan proses kerja diintegrasikan menjadikan satu usaha yang mantap bagi mengendalikan pesakit secara menyeluruh di peringkat individu.

2010       Fasiliti Kelinik Kesihatan telah diperkenalkan dengan tambahan klinik dinamakan Klinik 1Malaysia, Klinik Bus Bergerak 1Malaysia, Klinik Boat Bergerak1Malaysia sebagai tambahan kepada Klinik Kesihatan dan Klinik Ibu Anak, Klinik Desa.

2012       Fasiliti Kesihatan diperluaskan lagi dengan 2 kategori baru dibawah Transformasi Kerajaan iaitu Rural Transformasi Program (RTC), Urban Transformasi Program (UTC) dimana klinik RTC dan Klinik UTC dibina.