Login

Login
Wednesday, 18 July 2018

Pengenalan

  • Last Updated: Wednesday, 11 July 2018 10:45
  • Published: Wednesday, 08 October 2014 21:26
  • Written by Super User

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) adalah nadi perkhidmatan kesihatan awam di peringkat primer bagi negara ini. Perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua peringkat umur mulai lahir hingga ke akhir hayat melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam. Skop perkhidmatan terdiri dari empat komponen iaitu " kesihatan, penyakit, kecemasan, sokongan klinikal dan informatik kesihatan". Kesemua jenis perkhidmatan diberi melalui pelbagai fasiliti kesihatan samada fasiliti statik yang berjumlah lebih dari 3000 klinik. Di samping itu juga perkhidmatan disalurkan melalui perkhidmatan bergerak yang kini berjumlah lebih dari 200 unit melangkaui sempadan samada melalui darat, udara mahupun air, mejelajahi kediaman di ceruk pendalaman. Sehingga kini jumlah kedatangan yang di lihat oleh fasiliti-fasiliti tersebut telah menjangkau 40 juta setahun.

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) merupakan salah satu bahagian dari empat bahagian dalam Program Kesihatan Awam. Program Kesihatan Awam pula adalah satu dari 3 Program Utama di bawah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. BPKK bertanggungjawab menjalankan dan membangunkan strategi, dari pelbagai polisi yang diluluskan untuk dilaksanakan sebagai aktiviti disamping memantau kemajuan projek di peringkat akar umbi iaitu di peringkat individu dan keluarga. Bagi menyempurnakan tanggunjawab tersebut BPKK mempunyai 2 sayap atau Sektor di bawahnya iaitu Sektor Kesihatan Keluarga dan Sektor Penjagaan Kesihatan Primer.  Bagi memudahkan pemahaman ciri-ciri Sektor ini ia boleh dibandingkan dengan "perisian" bagi sektor keluarga dan "perkakasan" bagi sektor penjagaan kesihatan primer.

 

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) terdiri daripada dua (2) Cawangan:

1) Cawangan Kesihatan Keluarga

2) Cawangan Kesihatan Primer

 

Cawangan Kesihatan Keluarga bertanggungjawab merancang dan melaksana program mengikut "peringkat umur pusingan hidup" (Womb to Tomb).

 

Cawangan Pembangunan Kesihatan Primer bertanggungjawab menjalankan perancangan bagi memudahkan pelaksanaan program di peringkat penduduk dan usaha-usaha mengintegrasikan perkhidmatan dengan pelbagai agensi.