Login

Login
Sunday, 27 September 2020

Jadual Lawatan Ke Klinik

  • Last Updated: Wednesday, 23 October 2019 08:30
  • Published: Monday, 17 November 2014 15:01
  • Written by Super User

Jadual Lawatan Ke Klinik

Bayi dan kanak-kanak perlu hadir klinik mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut gambarajah di bawah. Kehadiran ke klinik mengikut jadual adalah penting untuk menilai tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak iaitu samada berat, tinggi, tahap perkembangan motor kasar, halus, pendengaran dan penglihatan serta psikososial adalah bersesuaian dengan umur.

Sekiranya terdapat sebarang kelainan berat badan atau perkembangan dari sepatut yang capai mengikut umur kanak-kanak, rawatan/intervensi awal akan diberikan. Pengesanan awal adalah penting supaya rawatan/intervensi dan penjagaan yang bersesuaian dapat diberikan untuk mengurangkan morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak.

Ibubapa juga dapat berbincang dengan anggota kesihatan jika mereka berpendapat bayi dan kanak-kanak mempunyai masalah khusus. Temujanji susulan akan diberi oleh anggota kesihatan untuk hadir ke klinik seterusnya.

Jumpaan atau dapatan semasa sesi di klinik akan dicatat ke dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun).

Jadual lawatan klinik untuk bayi dan kanak-kanak 

Umur

Kekerapan  Lawatan

0-6 Bulan

Setiap Bulan

6-12 Bulan

2 bulan sekali

1-<2 Tahun 

3 bulan sekali

2-4 Tahun 

6 bulan sekali

5-6 Tahun

Setiap tahun