Login

Login
Friday, 23 June 2017

Sektor Kesihatan Ibu

Pengenalan

  • Published: Tuesday, 11 November 2014 14:17
  • Written by Super User

Unit Kesihatan Ibu atau Maternal bermula dari tahun 1964 dan dikenali sebagai Unit Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak pada ketika itu. Perkhidmatan di bawah Unit Maternal adalah perkhidmatan kesihatan ibu dalam umur reproduktif yang memberi tumpuan kepada penjagaan pra kehamilan; penjagaan antenatal/ibu mengandung; jagaan intrapartum/kelahiran; dan jagaan postnatal. Perkhidmatan ini disediakan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan di peringkat Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu Anak dan Klinik Desa.