Login

Login
Thursday, 24 August 2017

Pengenalan

  • Published: Monday, 17 November 2014 14:35
  • Written by Super User

Pengenalan

Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak adalah antara perkhidmatan teras yang disediakan di Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dan Klinik Desa seluruh negara sejak sekian lama, selain jagaan kesihatan ibu mengandung.

Perkhidmatan ini disediakan untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berumur enam (6) tahun. Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak ini pada umumnya dikendalikan oleh anggota kejururawatan Walaubagaimana pun jika terdapat masalah yang memerlukan rawatan lanjut, bayi atau kanak-kanak tersebut akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan dan Kesihatan.

Setelah kanak-kanak memasuki alam persekolahan, jagaan kesihatan kanak-kanak ini akan diberikan oleh Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.