Login

Login
Saturday, 07 December 2019

Pengenalan

  • Last Updated: Wednesday, 23 October 2019 09:31
  • Published: Friday, 21 November 2014 11:50
  • Written by Super User

A. PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan perkhidmatan kesihatan untuk warga emas iaitu  mereka  yang  berumur  60  tahun  dan  ke  atas  pada  tahun  1996  (dalam  Rancangan  Malaysia Ke-Tujuh) sebagai salah satu daripada program dalam Expanded Scope.

 

Objektif perkhidmatan ini adalah untuk mencapai tahap kesihatan yang optima bagi warga emas melalui  perkhidmatan  kesihatan  dan  perkhidmatan  yang  berkaitan  dengannya  yang  menyeluruh serta bersepadu.

Perkhidmatan yang diberikan di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara merangkumi:

1)  Promosi dan pendidikan kesihatan

2)  Saringan dan penilaian kesihatan

3)  Pemeriksaan perubatan, kaunseling, rawatan dan rujukan

4)  Lawatan dan perawatan di rumah

5)  Rawatan pemulihan (pemulihan anggota dan carakerja)

6)  Aktiviti rekreasi, sosial dan kebajikan

Bagi  ‘memandu’  perkhidmatan  ini,  satu  dasar  telah  dibentuk  iaitu  Dasar  Kesihatan  Warga  Emas Negara  yang  menyatakan  “untuk  memastikan  penuaan  yang  sihat,  aktif  dan  produktif  dengan memperkasakan  warga  emas,  keluarga  dan  komuniti  dengan  pengetahuan,  kemahiran  dan persekitaran yang sewajarnya serta penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang optima di semua peringkat dan oleh pelbagai sektor”.

 

Fungsi utama bagi Sektor Kesihatan Warga Emas adalah merancang, memantau pelaksanaan dan menilai pencapaian serta keberkesanan program kesihatan warga emas. Perincian fungsi merangkumi:

1)  Pembangunan dasar dan perancangan dalam kesihatan warga emas.

2)  Merancang  aktiviti  dalam  program  kesihatan  warga  emas  pada  peringkat  jagaan  primer termasuk komuniti dan institusi yang meliputi:

a) Promosi dan pendidikan kesihatan

b) Saringan kesihatan

c) Nasihat dan kaunseling

d) Rujukan

e) Penglibatan komuniti

3)  Memantau pelaksanaan dan pencapaian program melalui:

a) Pengurusan data

b) Mesyuarat-mesyuarat teknikal

c) Menjalankan penyeliaan pelaksanaan program

4)  Membentuk garis panduan, prosedur operasi piawai, modul latihan, bahan pendidikan kesihatan dan sebagainya.

5)  Memberi input penyelidikan dan perancangan perkembangan program.

6)  Memberi input mengenai keperluan sumber manusia, kewangan dan peralatan.

7)  Memberi latihan dan pembangunan modal insan kepada pemberi perkhidmatan kesihatan.

8)  Menyediakan Laporan Kemajuan serta Impak Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas.

9)  Kolaborasi strategi pelbagai agensi bagi meningkatkan tahap kesihatan warga emas.

 

B. VISI

Memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan komuniti.

 

C. MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan sokongan yang mencukupi untuk mereka melalui peningkatan kesedaran, pengetahuan, kemahiran, dan kerjasama antara agensi dengan masyarakat dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kepada warga emas.

 

D. OBJEKTIF

  1. Mempertingkatkan taraf kesihatan warga emas
  2. Menggalakkan penyertaan warga emas dalam aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit sepanjang hayat.
  3. Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mesra umum, berkemampuan dari segi kos, saksama, mudah diperolehi, setanding dengan budaya, tidak mendiskriminasikan gender dan mempunyai sistem berkesinambungan serta diberi secara holistik di semua peringkat.
  4. Mengadvokasi dan menyokong pengwujudan persekitaran yang membolehkan hidup berdikari (penuaan setempat- Ageing In Place)