Login

Login
Friday, 23 June 2017

Pengenalan

  • Published: Friday, 21 November 2014 23:03
  • Written by Super User

Cadangan mewujudkan perkhidmatan pakar di peringkat penjagaan kesihatan primer dicetuskan pada tahun 1989 melalui perbincangan antara KKM, universiti dan Malaysian College of General Practice (MCGP).  Objektif kewujudan adalah untuk:

  • Meningkatkan kualiti penjagaan pesakit diperingkat jagaan primer oleh doktor yang lebih kompeten
  • Menyediakan perkhidmatan  yang lebih komprehensif,   berterusan dan menyeluruh
  • Menyediakan perkhidmatan pakar dekat dengan masyarakat (Care Close To Homes)  sekali  gus mengurangkan  jurang (inequity) masyarakat luar bandar

Program latihan sarjana perubatan keluarga dimulakan pada Tahun 1993 di 3 universiti iaitu UM, UKM dan USM. Kumpulan pertama lulusan pakar perubatan keluarga pada tahun 1997 adalah seramai  8 orang dan ditempatkan di 8 buah klinik kesihatan di Selangor, Kelantan dan Johor. Pada tahun berikutnya seramai  10 orang  pakar lagi ditempatkan  di Perlis, Pahang, Sabah  dan Terengganu. Sehingga Jun 2012 , sejumlah 213 orang pakar perubatan keluarga (FMS) berkhidmat di klinik kesihatan seluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.