Login

Login
Monday, 17 June 2019

Pengiktirafan

  • Last Updated: Friday, 21 November 2014 21:50
  • Published: Friday, 21 November 2014 21:50
  • Written by Super User

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan adalah besar ertinya dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat kearah mencapai taraf sebuah negara maju.  Sebagai menghargai sumbangan yang diberikan beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti mengadakan majlis perlantikan rasmi di peringkat daerah/negeri, pemberian surat dan sijil perlantikan serta kad pengenalan diri, mengadakan majlis mengenang jasa di peringkat daerah/negeri bagi menghargai sumbangan mereka yang telah lama berkhidmat secara sukarela, menjemput ahli-ahli panel ini ke majlis-majlis yang sesuai yang dikendalikan oleh Kementerian/Jabatan Kesihatan, melibatkan mereka dalam aktiviti pembelajaran samada melalui latihan khas atau lawatan sambil belajar untuk mendalami lagi pengetahuan mereka mengenai kesihatan khususnya aspek pencegahan penyakit dan kemudahan wad kelas dua dihospital kerajaan.