Pengenalan
- Last Updated: Friday, 25 October 2019 09:29
- Published: Wednesday, 12 September 2018 15:26
- Written by Super User
Sektor Perkembangan Infrastruktur Primer ini telah ditubuhkan bagi menguruskan keperluan pembangunan dan perkembangan fasiliti kesihatan pada peringkat kesihatan primer untuk meningkatkan kecapaian/akses yang baik dan saksama bagi mencapai kesihatan populasi. Sektor ini bertindak sebagai pakar rujuk kepada bahagian-bahagian lain yang terlibat dengan projek atau program yang melibatkan fasiliti kesihatan dan kemudahan kuarters.
Fungsi:
1) Merancang pembinaan baru fasiliti kesihatan dan kuarters di lokasi mengikut negeri, daerah dan mukim dengan mengutamakan keperluan kesihatan populasi bagi setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK).
2) Menyediakan input teknikal untuk rekabentuk fasiliti kesihatan primer bersesuaian dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan primer.
3) Menyediakan Medical Brief of Requirement(MBOR) untuk keperluan susunatur klinik/pelan
lantai mengikut jenis fasiliti kesihatan.
4) Menentukan jenis fasiliti kesihatan mengikut keperluan sesuatu kawasan.
5) Menetapkan bilangan kuarters mengikut keperluan dan jenis fasiliti kesihatan yang akan dibina.
6) Memberi input, ulasan dan sokongan berkaitan pelaksanaan projek baru pembangunan fasiliti kesihatan dan kuarters.
7) Memberi input dan menyokong permohonan untuk projek naiktaraf dan pembaikan fasiliti kesihatan dan kuarters dari peringkat negeri.
8) Memberi input teknikal dan menyediakan senarai fasiliti kesihatan mengikut keutamaan bagi penyelenggaraan fasiliti kesihatan primer, iaitu pelaksanaan Projek Perkhidmatan Sokongan Klinik.
9) Memberi input dan menyediakan senarai mengikut keutamaan projek pembaikan dan naiktaraf kuarters.
10) Menyediakan dan mengemaskini pangkalan data pemetaan fasiliti kesihatan mengikut jenis, alamat, lokasi samada bandar/luar mengikut negeri, daerah dan mukim.
11) Menentukan keperluan peralatan bukan perubatan mengikut kesesuaian dan jenis klinik.
12) Menyediakan maklumbalas dan memberi input yang berkaitan dengan fasiliti kesihatan dan kuarters jika diperlukan oleh bahagian lain
Antara skop utama yang dilaksanakan di Sektor Perkembangan Infrastruktur adalah seperti berikut:
- Merancang keperluan fasiliti statik kesihatan primer yang baru mengikut jenis klinik berserta kuarters bergantung kepada keutamaan dan keperluan mengikut negeri dan daerah.
- Mengemaskini bilangan dan senarai fasiliti kesihatan primer serta lokasi bandar dan luar bandar secara berkala mengikut negeri dan daerah
- Mengemaskini status kemajuan pelaksanaan Projek Pembangunan RMK-11.
- Menyediakan maklum balas, ulasan, cadangan dan sokongan berkaitan permohonan pelbagai daripada JKN dan pelbagai agensi dari aspek permohonan projek, pembangunan kemajuan projek dan peralatan bukan perubatan.
- Memberi input, cadangan dan sokongan permohonan projek pembangunan fasiliti kesihatan mengikut Roll Plan bagi setiap Rancangan Malaysia (RMK).