Login

Login
Wednesday, 13 November 2019

Pengenalan Sistem TPC-OHCIS

  • Last Updated: Thursday, 24 October 2019 08:07
  • Published: Tuesday, 03 July 2018 10:15
  • Written by Super User

Teleprimary Care – Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS)

Sistem TPC-OHCIS adalah sistem Rekod Perubatan Elektronik yang digunakan sebagai sistem operasi harian dan secara ‘real-time’ di fasiliti kesihatan primer Kementeriaan Kesihatan Malaysia. Ini bermaksud, di fasiliti kesihatan yang dilengkapi dengan sistem TPC-OHCIS, ia mengambil alih fungsi sistem klinikal lain yang digunakan untuk tujuan ‘data-entry’ (contohnya ‘sistem SMRP, Registri, eNotifikasi, dan sebagainya)

 

Latarbelakang sistem TPC-OHCIS

Salah satu inisiatif e-Health KKM bagi transformasi ICT adalah mengintegrasi dan menambah baik dua sistem Rekod Perubatan Elektronik yang digunakan secara berasingan di fasiliti penjagaan primer iaitu sistem Teleprimary Care (TPC) yang digunakan di klinik kesihatan, dan Oral Health Clinical Information System (OHCIS) yang digunakan di klinik pergigian. Sistem bersepadu Teleprimary Care- Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) telah dirintis di klinik kesihatan dan pergigian di daerah Seremban bermula pertengahan tahun 2017.

Sistem ini dibangunkan menggunakan teknologi tempatan iaitu secara kolaborasi dengan MIMOS Berhad dan merupakan harta intelek KKM bersama MIMOS. Kejayaan sistem ini membuktikan anak tempatan mampu menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan KKM dalam menyokong penyampaian penjagaan kesihatan primer.

Sistem TPC-OHCIS menggantikan sistem legasi TPC yang telah digunakan sejak 2005 dan sistem legasi OHCIS yang telah digunakan sejak 2009. Dengan menggabungkan kedua-dua sistem ini menjadi satu satu, penjagaan kesihatan pelanggan menjadi lebih efisien dan ada ‘continuity of care’. Rekod Kesihatan Pelanggan adalah menjangkau penjagaan  prenatal sehingga warga emas. (Womb to tomb).

 

Visi

Pelaksanaan rekod pelanggan secara elektronik sepenuhnya bagi menyokong transformasi penjagaan kesihatan.

 

Misi

Menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer secara bersepadu dengan cekap menggunakan teknologi maklumat terkini TPC-OHCIS.

  

Senibina sistem

Sistem TPC-OHCIS adalah sistem web-based dengan pangkalan data yang berpusat. Ia mempunyai kapasiti untuk beroperasi secara online, offline dan outreach mode (bagi Pasukan Kesihatan Sekolah dan Pasukan Klinik Bergerak). Ia juga mempunyai portal Self-Monitoring untuk kegunaan pelanggan tertentu.

Dengan adanya pangkalan data berpusat, setiap pelanggan cuma perlu didaftarkan satu kali sahaja ke dalam sistem dan rekod perubatan pelanggan boleh diakses oleh semua fasiliti kesihatan yang menggunakan sistem TPC-OHCIS, bagi menjamin penjagaan kesihatan yang berterusan.

Dibina bagi menyokong ‘structured data’, sistem ini mempunyai keupayaan untuk menjana reten dan laporan yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sistem ini juga dihubungkan secara integrasi dengan sistem-sistem sokongan klinikal di fasiliti kesihatan seperti Lab Information System (LIS), Pharmacy Information System (PhIS) dan Computerised Radiography (CR). Sistem lain yang ada integrasi dengan TPC-OHCIS adalah eGL, eNotifikasi, SIMKA, MyHIX dan MyHDW.