Login

Login
Wednesday, 13 November 2019

Rational TPC

  • Last Updated: Thursday, 24 October 2019 07:32
  • Published: Friday, 21 November 2014 22:58
  • Written by Super User

1.    Professional Isolation

Anggota kesihatan yang bertugas jauh dari Bandar dan rakan setugas yang lain menghadapai berbagai cabaran, yang terutama adalah professional isolation. TPC dapat menyediakan satu saluran bagi anggota ini berhubung dengan rakan kerja pada bila-bila masa

2.    Meningkatkan Akses

Perkhidmatan kesihatan di peringkat penjagaan primer tidak dapat menampung bilangan pesakit dan keperluan kesihatan yang semakin meningkat. Antara faktor utama yang harus ditangani adalah dari segi rujukan pesakit. TPC dapat mengatasi keperluan pesakit yang harus pergi ke hospital sendiri dengan menyediakan kemudahan temujanji dan rujukan yang efisien.

3.    Perkhidmatan Pakar

Perkhidmatan Pakar dapat disediakan melalui telekonsultasi.

4.    Penempatan di luarbandar yang tidak popular

Dengan adanya sistem ICT yang canggih seperti TPC di fasiliti luarbandar, ini akan menukar persepsi anggota kesihatan mengenai penempatan di kawasan pedalaman

5.    Penjagaan pesakit yang episodik

Salah satu kelemahan sistem sedia ada adalah terjadinya situasi di mana pesakit tercicir dari penjagaan ulangan. Ini adalah kerana pengesanan secara manual adalah sukar. Penjagaan pesakit bergantung kepada kehendak pesakit untuk datang ke klinik atau tidak. Justeru penjagaan yang diberi adalah episodik dan bukannya secara berterusan. Dengan adanya TPC, pemantauan pesakit dapat dibuat secara elektronik.

 

Kumpulan Sasar

TPC adalah bagi kegunaan pemberi perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan, hospital dan populasi. Dengan pelaksanaannya, ketidaksaksamaan penjagaan kesihatan akan diatasi.