Login

Login
Friday, 18 October 2019

Soalan Lazim

  • Last Updated: Friday, 04 October 2019 15:40
  • Published: Tuesday, 15 September 2015 17:56
  • Written by Super User
 TOPIK IMUNISASI HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)

  • HPV adalah sejenis virus
  • Terdapat lebih daripada 150 jenis Virus
  • Virus HPV boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti ketuat dan kanser
  • Hanya 13 jenis virus HPV yang dikaitkan dengan kanser serviks.
  • 99% daripada kes kanser serviks didapati positif jangkitan HPV.
  • 70% kes kanser serviks disebabkan oleh HPV jenis 16 dan 18.

  • Virus HPV berada di kulit manusia
  • Ia boleh berjangkit melalui hubungan seksual atau melalui sentuhan intim alat kelamin
  • Virus memasuki lapisan mukosa di serviks dan menyebabkan jangkitan

  • Seorang yang telah dijangkiti virus HPV tidak akan tahu dia telah dijangkiti kerana tiada gejala atau tanda-tanda jangkitan
  • 80 % dari wanita yang dijangkiti oleh virus ini akan sembuh dengan sendiri manakala 20% peratus lagi jangkitan tidak akan sembuh
  • Jangkitan yang tidak sembuh akan menyebabkan lesi pada serviks.
  • Lesi ini boleh dikesan melalui ujian Paps Smear.
  • Lesi yang tidak dirawat boleh menjadi kanser serviks dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

  • Seseorang boleh mengelak dari jangkitan HPV melalui Imunisasi HPV
  • Bagi mendapatkan kesan perlindungan maksima, imunisasi perlu diberikan sebelum seorang gadis memulakan hubungan seksual

  • Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam kali ke-92 (15-17 disember, 2010) memutuskan bahawa imunisasi HPV adalah harus kerana tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudaratan.

 

 

 TOPIK VAKSIN

  • Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. 

  • Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan. 

  • Vaksin mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga mengandungi komponen tambahan yang dibenarkan dan selamat seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain. Vaksin tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh badan.

  • Tubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindungi nya daripada jangkitan virus dan bakteria. Walau bagaimanapun, mekanisma pertahanan ini boleh dirangsang dengan suntikan vaksin. Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan. Kesan maksimum sesuatu vaksin lazimnya akan bermula selepas dos terakhir vaksin tersebut diambil mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

  • Kanak-kanak dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka melalui rangsangan kepada sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.

  • Tidak dapat dipastikan anak yang sihat akan sentiasa bebas dari dijangkiti penyakit cegahan vaksin. Penyakit boleh menjangkiti seseorang tanpa disangka. Sekiranya kanak-kanak telah diberi imunisasi, mereka akan terlindung dari penyakit cegahan vaksin.

 

  • Keberkesanan vaksin tidaklah 100%. Tindakbalas tubuh seseorang terhadap vaksin adalah berbeza-beza, dan terdapat kemungkinan sesetengah orang tidak menghasilkan tindakbalas imun yang mencukupi terhadap vaksin yang diambil. Hasilnya, individu seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk membantu menguatkan imuniti terhadap penyakit tertentu. Perlindungan yang diperolehi dari vaksin adalah lebih baik dari tiada perlindungan langsung.  

  • Tempoh perlindungan sesuatu vaksin berbeza-beza bergantung kepada jenis vaksin dan cara penghasilannya. Sesetengah vaksin memberi perlindungan sepanjang hayat, manakala terdapat vaksin yang boleh memberi perlindungan sehingga 30 tahun. Terdapat juga vaksin yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk memastikan perlindungan berterusan.

  • Vaksin dihasilkan dari keseluruhan atau sebahagian virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Virus / bakteria tersebut tidak berupaya untuk menyebabkan penyakit kepada kanak-kanak yang sihat.

  • Vaksin tidak akan membebankan sistem daya lawan jangkitan (imun) kanak-kanak kerana sistem imun mereka boleh bertindakbalas terhadap pelbagai keadaan.Vaksin mengandungi antigen yang amat sedikit berbanding dengan pendedahan tubuh terhadap antigen asing melalui makanan, minuman dan aktiviti lain. Maka, lebih dari satu vaksin boleh diberi pada satu masa atau selepas tempoh tertentu, dan tidak akan membahayakan sistem imun kanak-kanak. 

  • Sebelum vaksin dipasarkan secara komersial untuk digunakan, ia diuji dengan rapi pada ribuan orang menerusi kajian klinikal berskala besar. Ia dipantau dengan ketat bagi menjamin keselamatan penerimanya. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mendaftarkan / meluluskan sesuatu vaksin sebelum ia boleh digunakan di Malaysia dan dimasukkan ke dalam program imunisasi.

 

  
 TOPIK THALASSAEMIA

Thalassaemia adalah penyakit baka / keturunan yang diturunkan oleh ibu bapa yang mempunyai baka Thalassaemia.

 

Ia melibatkan pembentukan sel darah merah yang tidak normal. Oleh itu, sel darah merah yang terhasil tidak dapat berfungsi secara normal dan mudah pecah (jangka hayat sel darah merah yang lebih pendek). Akibatnya, seseorang itu akan mengalami tanda-tanda kekurangan darah. Selain itu, sel darah yang pecah juga akan membebaskan zat besi (haem) yang akhirnya akan termendap pada organ-organ tertentu dalam badan sehingga menyebabkan kegagalan organ tersebut. 

Ada dua jenis Thalassaemia, iaitu:

a. Pesakit Thalassaemia

  • Pesakit yang memerlukan pemindahan darah
  • Pesakit yang TIDAK perlu pemindahan darah

b. Pembawa Thalassaemia

Pembawa Thalassaemia adalah individu yang mendapat baka Thalassaemia yang diturunkan oleh salah seorang dari ibu atau bapa mereka. Walaupun mereka membawa baka Thalassaemia, pembawa tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pesakit Thalassemia. Pembawa Thalassaemia bukanlah pesakit Thalassaemia dan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain. Walau bagaimanapun, seorang pembawa Thalassaemia boleh mewariskan baka penyakit Thalassaemia kepada anak-anak mereka. 

TIDAK.  Seorang pembawa Thalassaemia membawa baka atau gen penyakit yang akan kekal di dalam tubuh seumur hidup.  Walaupun terdapat baka yang tidak normal di dalam tubuh, pembawa Thalassaemia boleh menjalani kehidupan yang normal.

Status Thalassaemia boleh diketahui dengan cara menjalani ujian saringan. Individu yang disyaki sebagai pembawa Thalassaemia perlu menjalani ujian Hb Analisis bagi mengetahui status Thalassaemia. Ujian DNA Analisis akan dibuat sekiranya ujian Hb Analisis tidak dapat mengesahkan status pembawa Thalassaemia.

 

Mulai 2016, KKM telah mula membuka peluang kepada murid Tingkatan 4 untuk menjalani saringan Thalassaemia sebagai usaha untuk mencegah kelahiran bayi Thalassaemia pada masa akan datang. Selepas murid Tingkatan 4 tahu dan faham mengenai status Thalassaemia mereka, diharapkan mereka dapat membuat keputusan bijak apabila memilih pasangan hidup kelak. Dijangka melalui program ini bilangan perkahwinan antara dua orang pembawa Thalassaemia akan berkurangan.