Login

Login
Sunday, 27 September 2020

Tahap Perkhidmatan

  • Last Updated: Friday, 25 October 2019 09:34
  • Published: Wednesday, 12 September 2018 15:53
  • Written by Super User

Tahap perkhidmatan yang dilaksanakan dikategorikan kepada 3 iaitu:

i. Tahap Universal

Untuk tahap ini, perkhidmatan diberikan oleh anggota kesihatan dari kategori sokongan dan perkhidmatan Pegawai Perubatan sama ada secara pelawat atau tetap.

 ii. Tahap Intermediate

Untuk tahap ini, perkhidmatan diberikan oleh anggota sokongan termasuk perkhidmatan Pegawai Perubatan dan tanpa Pakar Perubatan Keluarga (FMS).

 iii. Tahap Advanced

Untuk tahap ini, perkhidmatan diberikan oleh anggota sokongan, Pegawai Perubatan dan Pakar. Peringkat ini juga menyediakan perkhidmatan pengurusan penyakit yang lebih ‘specialized’ oleh anggota pelbagai disiplin yang berkepakaran seperti Pakar Perubatan Keluarga, Jurupulih Anggota, Jurupulih Carakerja, Pegawai Sains Makanan, Pegawai Dietetik dan dibantu oleh  anggota perkhidmatan sokongan berteknologi tinggi (khidmat makmal, pengimejan diagnostic dan farmasi). Tahap perkhidmatan ini akan menerima kes rujukan daripada perkhidmatan tahap Universal dan Intermediate.

 

Secara umumnya, KK Jenis 6 dan 7 melaksanakan perkhidmatan tahap Universal, KK Jenis 4 dan 5 melaksanakan perkhidmatan tahap intermediate, dan KK Jenis 1,2, dan 3  melaksanakan perkhidmatan tahap Advanced.