Login

Login
Saturday, 15 May 2021

Imunisasi

  • Last Updated: Wednesday, 23 October 2019 08:31
  • Published: Monday, 17 November 2014 17:11
  • Written by Super User

Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh imunisasi. Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), K1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Imunisasi yang diberikan ialah untuk mencegah penyakit:-

i)   BCG –TB (Batuk Kering)

ii)   Hepatitis B

iii)  Diptheria (Sakit Kerongkong)

iv)  Pertussis (Batok Kokol)

v)  Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)

vi)  HiB (angkitan paru-paru/jangkitan selaput otak)

vii) Polio

viii) MMR (Campak/Beguk / Rubella)

Bayi dan kanak-kanak perlu diberikan suntikan vaksin mengikut jadual umur yang telah ditetapkan agar bayi dan kanak-kanak mendapat perlindungan yang optima.

Sebagai contoh; Imunisasi Hepatitis B akan diberi sebaik sahaja dilahirkan imunisasi BCG pula diberi pada keesokan harinya atau sebelum dibenarkan pulang. Hepatitis B akan diberikan seterus nya semasa bayi berumur 2 bulan dan 6 bulan.

Jenis vaksin serta tarikh suntikan diberi akan dicatat oleh jururawat bertugas ke dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun). Ibubapa dan penjaga kanak-kanak diminta untuk menyemak samada imunisasi ini diberi atau tidak dan pastikan ianya dicatat.

Selain dari imunisasai yang terdapat di jadual di atas, terdapat dua jenis imunisasi yang di galakkan untuk diberi kepada bayai dan kanak-kanak iaitu Imunisasi Rotavirus dan Pnuemococcal. Imunisasi boleh didapati di klinik/hospital swasta dan bayaran akan dikenakan.