Login

Login
Saturday, 23 October 2021

Kesimpulan

  • Last Updated: Friday, 21 November 2014 22:00
  • Published: Friday, 21 November 2014 22:00
  • Written by Super User

Kementerian Kesihatan khususnya yakin bahawa dengan pelaksanaan perkhidmatan KB1M  ini  dapat meningkatkan kecapaian (accessibility) kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan di kalangan penduduk luar bandar serta memberikan pelbagai faedah kepada masyarakat seperti dibawah.

  1. Dapat membantu meningkatkan saringan dan pengesanan awal penyakit kronik di kalangan masyarakat, seterusnya dapat membantu mengurangkan prevalens penyakit kronik.
  2. Dapat membantu mengurangkan komplikasi di kalangan pengidap penyakit kronik melalui perkhidmatan pemantauan yang berterusan.
  3. Mengurangkan kos pengurusan penyakit kronik yang berkomplikasi.
  4. Dapat membantu mengurangkan kesesakan di klinik.