Login

Login
Wednesday, 22 March 2023

Pengenalan

  • Last Updated: Wednesday, 08 February 2023 15:20
  • Published: Monday, 17 November 2014 14:35
  • Written by Super User

Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak adalah antara perkhidmatan teras yang disediakan di fasiliti kesihatan dan komuniti. Perkhidmatan ini disediakan untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Teras perkhidmatan adalah berasaskan prinsip kesihatan awam iaitu promosi dan pencegahan, pengesanan dan rawatan awal, mengehadkan ketidakupayaan dan pemulihan.

 

Fungsi utama bagi Sektor Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak adalah merancang, memantau pelaksanaan dan  menilai  pencapaian  serta  keberkesanan  program  kesihatan  perinatal,  bayi  dan  kanak-kanak.

Perincian fungsi merangkumi:

1)  Merancang  dan  membangun  dasar  serta  strategi  pelaksanaan  perkhidmatan  penjagaan kesihatan kanak-kanak yang meliputi perkhidmatan kesihatan perinatal, bayi dan kanak-kanak.

2)  Merancang strategi pelaksanaan dan pemantauan Program Immunisasi Kebangsaaan.

3)  Merancang dan membangun dasar serta strategi pelaksanaan bagi Program Saringan Bayi Baru Lahir dan Kanak-kanak.

4)  Pengurusan  audit  bagi  data  kematian  perinatal  dan  kanak-kanak  bawah  umur  lima  tahun melalui notifikasi dan laporan penyiasatan.

5)  Menyedia garis panduan, prosedur operasi piawai, modul latihan dan lain-lain.

6)  Pelaksanaan dan pemantauan Program Integrated Management of Childhood Illness (IMCI).

7)  Penyediaan bahan teknikal dan input bagi promosi kesihatan dan penglibatan komuniti dalam penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

8)  Penganjuran latihan dan kursus yang berkaitan .

9)  Pelaksanaan dan pemantauan Program Kepastian Kualiti.

10)  Memberi input pembangunan dan perancangan sumber manusia, peralatan dan kewangan.

11)  Memberi  input  dan  mengenal pasti  penyelidikan  dan  perancangan  perkembangan  program kesihatan kanak-kanak.

12)  Memantau pelaksanaan dan pencapaian program melalui:

a) Pengurusan data

b) Mesyuarat-mesyuarat teknikal

c) Menjalankan penyeliaan pelaksanaan program

13)  Menyediakan Laporan Kemajuan serta Impak Program Penjagaan Kesihatan kanak-kanak.

14)  Kolaborasi strategi dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara seperti KPWKM, EPU, UNICEF, UNFPA dan lain-lain bagi meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak.