Login

Login
Thursday, 23 March 2023

Pengenalan

  • Last Updated: Wednesday, 08 February 2023 15:20
  • Published: Friday, 21 November 2014 09:22
  • Written by Super User

Program Kesihatan Remaja telah ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai sebahagian daripada skop yang diperluaskan bagi program Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Program ini bertujuan untuk membangunkan dan mengukuhkan perkhidmatan kesihatan dalam kalangan remaja selaras dengan Dasar Kesihatan Remaja Kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Perkhidmatan  Kesihatan  Remaja  dilaksanakan  di  semua  klinik  kesihatan  di  seluruh  negara, mensasarkan mereka yang berusia 10 hingga 19 tahun.Dasar Kesihatan Remaja Kebangsaan mendefinisikan Kesihatan Remaja sebagai kesejahteraan dari segi fizikal, sosial, mental dan rohani yang membolehkan golongan remaja menjalani kehidupan yang  sihat  dan  harmoni  dalam  persekitaran  yang  turut  menyokong  sebagai  persediaan  ke  arah kesihatan optimum ketika dewasa.

Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2006-2020 telah diwujudkan ke arah pelaksanaan strategi Dasar Kesihatan Remaja Kebangsaan dengan input daripada pelbagai agensi. Aktiviti adalah berdasarkan kepada lima skop utama iaitu fizikal, pemakanan, mental, kesihatan seksual dan tingkah laku berisiko.Memandangkan  pada  umumnya  remaja  adalah  dalam  kalangan  mereka  yang  sihat,  maka perkhidmatan kesihatan remaja memfokus kepada kesihatan, promosi dan pencegahan, pengesanan dan rawatan awal seperti berikut:

Perkhidmatan wajib:

1)  Promosi dan pendidikan kesihatan

2)  Saringan kesihatan remaja

3)  Rawatan

4)  Nasihat dan kaunseling

5)  Rujukan (jika perlu)

 

Perkhidmatan pilihan:

1)  Aktiviti kecergasan fizikal berkelompok remaja

2)  Kaunseling pemakanan remaja (cth: demonstrasi masakan)

3)  Kaunseling berkelompok/kaunseling keluarga

4)  Promosi  kesihatan  remaja  seperti  pameran  kesihatan,  seminar  kesihatan,  kem  kesihatan masyarakat dan sebagainya

5)  Kelab remaja, kelab kesihatan, PROSTAR dan seumpamanya

 

Fungsi utama bagi Sektor Kesihatan Remaja adalah merancang, memantau pelaksanaan dan menilai pencapaian serta keberkesanan program kesihatan remaja. Perincian fungsi merangkumi:

1)  Merancang dan membentuk dasar bagi program dan perkhidmatan kesihatan remaja.

2)  Merancang  dan  memperkukuhkan  program  serta  perkhidmatan  kesihatan  remaja  pada peringkat kesihatan primer melalui:

a) Promosi dan pendidikan kesihatan

b) Saringan kesihatan

c) Nasihat dan kaunseling

d) Penjagaan kuratif

e) Rujukan

3)  Membentuk garis panduan, modul latihan, prosedur operasi piawai, bahan pendidikan kesihatan dan sebagainya.

4)  Memberi latihan dan pembangunan modal insan kepada pemberi perkhidmatan kesihatan.

5)  Memantau pelaksanaan dan pencapaian program melalui:

a) Pengurusan data

b) Mesyuarat-mesyuarat teknikal

c) Menjalankan penyeliaan pelaksanaan program

6)  Menyediakan Laporan Kemajuan serta Impak Program Penjagaan Kesihatan Remaja.

7)  Memberi  input  dan  mengenal pasti  penyelidikan  dan  perancangan  bagi  memperkukuhkan program dan perkhidmatan kesihatan remaja.

8)  Perkongsian  pintar  dengan  pelbagai  agensi  berkaitan  seperti  WHO,  UNFPA,  UNICEF,  KPWKM, KPM,  JPM,  JAKIM,  LPPKN,  JKM,  PDRM  dan  sebagainya  untuk  meningkatkan  tahap  kesihatan remaja di Malaysia.