Pengenalan

Cadangan mewujudkan perkhidmatan pakar di peringkat penjagaan kesihatan primer dicetuskan pada tahun 1989 melalui perbincangan antara KKM, universiti dan Malaysian College of General Practice (MCGP).  Objektif kewujudan adalah untuk:

Program latihan sarjana perubatan keluarga dimulakan pada Tahun 1993 di 3 universiti iaitu UM, UKM dan USM. Kumpulan pertama lulusan pakar perubatan keluarga pada tahun 1997 adalah seramai  8 orang dan ditempatkan di 8 buah klinik kesihatan di Selangor, Kelantan dan Johor. Pada tahun berikutnya seramai  10 orang  pakar lagi ditempatkan  di Perlis, Pahang, Sabah  dan Terengganu. Sehingga Jun 2012 , sejumlah 213 orang pakar perubatan keluarga (FMS) berkhidmat di klinik kesihatan seluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.