Pengenalan
- Last Updated: Friday, 21 November 2014 21:53
- Published: Friday, 21 November 2014 21:53
- Written by Super User
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Julai 2010 telah memutuskan penubuhan Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M) khusus untuk masyarakat di luar bandar. Perkhidmatan KB1M berkonsepkan bas akan memberi keutamaan kepada masyarakat luar bandar yang kurang mendapat liputan dari kemudahan kesihatan statik sedia ada seperti di kawasan ladang, kampong tradisional dan penempatan Orang Asli di pinggiran.
KBIM bas telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri.pada 9 Disember 2010 jam 9 pagi di Pos Raya, kawasan penempatan Orang Asli, Simpang Pulai, Gopeng, Perak. Pada masa ini, terdapat lima (5) bas yang beroperasi di negeri-negeri Perak (1 bas), Selangor (1 bas), Johor (1 bas), Pahang (2 bas) dan satu (1) bot di Sarawak. Jadual dan lokasi perkhidmatan KB1M in seperti dilampiran 1.