Login

Login
Saturday, 15 May 2021

Ujian Saringan G6PD dan Congenital Hypotyhroidism

  • Last Updated: Wednesday, 23 October 2019 08:32
  • Published: Monday, 17 November 2014 17:16
  • Written by Super User

Ujian Saringan G6PD dan Congenital Hypothyroidism kepada Bayi Baru Lahir

Semua bayi baru lahir akan diambil darah untuk Ujian G6PD dan Congenital Hypothyroidism. Ujian ini adalah selamat kerana darah diambil dari tali pusat bayi sebaik selepas kelahiran.

Ujian saringan G6PD adalah perlu untuk mengenal pasti bayi yang mempunyai risiko tinggi mengalami jaundis teruk yang boleh mengakibatkan kecacatan atau kematian jika rawatan segera tidak diberi.

Ujian saringan Congenital Hypothyroidism dijalankan untuk mengesan bayi yang berkemungkinan mengalami Congenital Hypothyroid. Bayi–bayi ini perlu memulakan rawatan awal, sebaiknya dalam tempoh dua minggu selepas dilahirkan bagi.mengelakkan dari berlakunya kerencatan akal (cretinism).

Keputusan-keputusan ini akan dicatat dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun)